Tunku Abdul Rahman lahir di Alor Star, Kedah pada 8 Februari 1903
dari gabungan darah Melayu, Siam dan Burma. Beliau merupakan putera ketujuh
Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan isterinya yang keenam Che
Manjalara. Pada zaman remajanya, Tunku muncul sebagai seorang anggota elit
bangsawan yang sudah biasa dengan kehidupan yang serba mewah.
Pendidikan formal Tunku
bermula ketika usianya enam tahun. Beliau mengikuti pendidikan Inggeris di
Sultan Abdul Hamid College Alor Star. Pada tahun 1913, Tunku mengikuti abangnya
Tunku Yusof ke Siam dan belajar di sekolah Thebsurian. Setelah Tunku Yusof
meninggal dunia pada tahun 1915, Tunku kembali ke Kedah dan dihantar belajar ke
Penang Free School Pulau Pinang. Pada 1920, dalam usia yang masih muda Tunku mendapat
peluang melanjutkan pelajarannya ke Univesiti Cambridge England dengan biasiswa
kerajaan negeri Kedah.
Selama lebih enam tahun di
England dengan pergaulan yang serba luas sudah tentu dapat menyediakan latar
yang tersendiri terhadap keperibadian Tunku yang sekaligus memberi impak
terhadap dasar luar zaman beliau. Tunku sendiri mengakui kehidupannya di
Cambridge sebagai kehidupan yang penuh keseronokan dan nikmat. Beliau tidak
perlu bersusah payah berlumba-lumba menaiki kenderaan awam kerana beliau memiliki
sebuah kereta sport. Sikap Tunku lebih jelas dapat diterjemah melalui petikan
yang dibuat oleh Abdullah Ahmad:
"His royal roots, his many years in England, his pride of
being a Malay Prince and a Muslim modernist and reformist, his abiding interest
in Islam alongside his love for horseracing, poker, sports, dancing, wine.
brandy, cigarettes, cigar, gracious living, a good life and parties, were keys
to understanding him as a politician and his policies of the country. His
British education and his fondness for British lifestyle had some effect on his
perception of Islam".
0 comments:
Post a Comment